Al-Zalzalah( الزلزلة)
Original,King Fahad Quran Complex(الأصلي,مجمع الملك فهد القرآن)
show/hide
Abdullah Muhammad Basmeih(Abdullah Muhammad Basmeih)
show/hide
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ إِذا زُلزِلَتِ الأَرضُ زِلزالَها(1)
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,(1)
وَأَخرَجَتِ الأَرضُ أَثقالَها(2)
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,(2)
وَقالَ الإِنسٰنُ ما لَها(3)
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"(3)
يَومَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخبارَها(4)
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:(4)
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوحىٰ لَها(5)
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).(5)
يَومَئِذٍ يَصدُرُ النّاسُ أَشتاتًا لِيُرَوا أَعمٰلَهُم(6)
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.(6)
فَمَن يَعمَل مِثقالَ ذَرَّةٍ خَيرًا يَرَهُ(7)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(7)
وَمَن يَعمَل مِثقالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ(8)
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(8)