Al-Sharh( الشرح)
Original,King Fahad Quran Complex(الأصلي,مجمع الملك فهد القرآن)
show/hide
Abdullah Muhammad Basmeih(Abdullah Muhammad Basmeih)
show/hide
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ أَلَم نَشرَح لَكَ صَدرَكَ(1)
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?(1)
وَوَضَعنا عَنكَ وِزرَكَ(2)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -(2)
الَّذى أَنقَضَ ظَهرَكَ(3)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?(3)
وَرَفَعنا لَكَ ذِكرَكَ(4)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?(4)
فَإِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرًا(5)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(5)
إِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرًا(6)
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(6)
فَإِذا فَرَغتَ فَانصَب(7)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),(7)
وَإِلىٰ رَبِّكَ فَارغَب(8)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).(8)