Al-Fil( الفيل)
Original,King Fahad Quran Complex(الأصلي,مجمع الملك فهد القرآن)
show/hide
Abdullah Muhammad Basmeih(Abdullah Muhammad Basmeih)
show/hide
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ أَلَم تَرَ كَيفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصحٰبِ الفيلِ(1)
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?(1)
أَلَم يَجعَل كَيدَهُم فى تَضليلٍ(2)
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2)
وَأَرسَلَ عَلَيهِم طَيرًا أَبابيلَ(3)
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -(3)
تَرميهِم بِحِجارَةٍ مِن سِجّيلٍ(4)
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -(4)
فَجَعَلَهُم كَعَصفٍ مَأكولٍ(5)
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)