Al-Fatihah(الفاتحة)
Original,King Fahad Quran Complex(الأصلي,مجمع الملك فهد القرآن)
show/hide
Abdullah Muhammad Basmeih(Abdullah Muhammad Basmeih)
show/hide
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ(1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(1)
الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العٰلَمينَ(2)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(2)
الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ(3)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(3)
مٰلِكِ يَومِ الدّينِ(4)
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4)
إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ(5)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5)
اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ(6)
Tunjukilah kami jalan yang lurus.(6)
صِرٰطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ(7)
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)