Al-Fajr( الفجر)
Original,King Fahad Quran Complex(الأصلي,مجمع الملك فهد القرآن)
show/hide
Abdullah Muhammad Basmeih(Abdullah Muhammad Basmeih)
show/hide
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ وَالفَجرِ(1)
Demi waktu fajar;(1)
وَلَيالٍ عَشرٍ(2)
Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);(2)
وَالشَّفعِ وَالوَترِ(3)
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;(3)
وَالَّيلِ إِذا يَسرِ(4)
Dan malam, apabila ia berlalu; -(4)
هَل فى ذٰلِكَ قَسَمٌ لِذى حِجرٍ(5)
Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?(5)
أَلَم تَرَ كَيفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعادٍ(6)
(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)(6)
إِرَمَ ذاتِ العِمادِ(7)
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)(7)
الَّتى لَم يُخلَق مِثلُها فِى البِلٰدِ(8)
Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?(8)
وَثَمودَ الَّذينَ جابُوا الصَّخرَ بِالوادِ(9)
Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?(9)
وَفِرعَونَ ذِى الأَوتادِ(10)
Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?(10)
الَّذينَ طَغَوا فِى البِلٰدِ(11)
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).(11)
فَأَكثَروا فيهَا الفَسادَ(12)
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.(12)
فَصَبَّ عَلَيهِم رَبُّكَ سَوطَ عَذابٍ(13)
Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;(13)
إِنَّ رَبَّكَ لَبِالمِرصادِ(14)
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)(14)
فَأَمَّا الإِنسٰنُ إِذا مَا ابتَلىٰهُ رَبُّهُ فَأَكرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقولُ رَبّى أَكرَمَنِ(15)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"(15)
وَأَمّا إِذا مَا ابتَلىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيهِ رِزقَهُ فَيَقولُ رَبّى أَهٰنَنِ(16)
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"(16)
كَلّا ۖ بَل لا تُكرِمونَ اليَتيمَ(17)
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);(17)
وَلا تَحٰضّونَ عَلىٰ طَعامِ المِسكينِ(18)
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;(18)
وَتَأكُلونَ التُّراثَ أَكلًا لَمًّا(19)
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),(19)
وَتُحِبّونَ المالَ حُبًّا جَمًّا(20)
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!(20)
كَلّا إِذا دُكَّتِ الأَرضُ دَكًّا دَكًّا(21)
Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,(21)
وَجاءَ رَبُّكَ وَالمَلَكُ صَفًّا صَفًّا(22)
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),(22)
وَجِا۟يءَ يَومَئِذٍ بِجَهَنَّمَ ۚ يَومَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الإِنسٰنُ وَأَنّىٰ لَهُ الذِّكرىٰ(23)
Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?(23)
يَقولُ يٰلَيتَنى قَدَّمتُ لِحَياتى(24)
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"(24)
فَيَومَئِذٍ لا يُعَذِّبُ عَذابَهُ أَحَدٌ(25)
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.(25)
وَلا يوثِقُ وَثاقَهُ أَحَدٌ(26)
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.(26)
يٰأَيَّتُهَا النَّفسُ المُطمَئِنَّةُ(27)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -(27)
ارجِعى إِلىٰ رَبِّكِ راضِيَةً مَرضِيَّةً(28)
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -(28)
فَادخُلى فى عِبٰدى(29)
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -(29)
وَادخُلى جَنَّتى(30)
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "(30)